Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekumpulan "penunjuk perasaan" di Baghdad telah menikam dan memotong tekak seorang remaja berusia 16 tahun sehingga mati sebelum menggantung jasadnya di tempat umum.
Remaja lelaki yang dikenal pasti sebagai Haitham Ali Ismael sebelum itu telah membantah tindakan para penunjuk perasaan yang menghalang jalan berhampiran rumahnya. Akan tetapi, bantahannya yang berterusan selama tiga hari berturut-turut sama sekali diabaikan oleh mereka.
Walaubagaimanapun pada hari Khamis semalam, para saksi berkata bahawa Haitham telah naik ke bumbung rumahnya dan mula menembak ke udara dengan pistol untuk menghalau peserta tunjuk perasaan dari menghampiri rumahnya.
Tindakan itu kemudiannya mendorong sekumpulan penunjuk perasaan untuk menyerbu masuk rumah kecilnya di pinggir Dataran Al Wathba di mana Haitham tinggal bersama ibunya sebelum menikamnya sebanyak 17 kali.
Mereka kemudiannya membawa Haitham keluar, melepaskan pakaiannya, menyeretnya dalam keadaan berdarah sebelum menggantungnya dengan tali yang diikat pada pergelangan kakinya. Selepas digantung di atas tiang lampu isyarat, mereka terus memotong lehernya.
Fadhil Muhammad, seorang pemandu tuk tuk, berkata dia "berdiri di sana ketika mereka menggantung remaja tersebut dengan tali dan mengikatnya ke tiang lampu isyarat. Kumpulan itu kemudiannya memotong tali tersebut hingga kepala mangsa jatuh mengenai skru yang ada di atas tanah. Skru itu akhirnya menembus masuk kepala mangsa. "
Kemudian mereka melemparkan budak itu ke atas ruang barang trak pikap polis "dan di depan mata polis mereka mula memotong lehernya," kata Muhammad. -Press TV
13 Disember 2019 - 12:27
News ID: 993442
Sekumpulan "penunjuk perasaan" di Baghdad telah menikam dan memotong tekak seorang remaja berusia 16 tahun sehingga mati sebelum menggantung jasadnya di tempat umum.